Sujud sahwi artinya sujud kerana terlupa  mengerjakan sesuatu yang sunnah atau hal yang salah lainnya tanpa  sengaja. Umpamanya lupa mengerjakan tahiyyat awal, lupa membaca ayat  atau surat pada rakaat pertama atau kedua, lupa tentang bilangan solat  dan sebagainya. Menurut Al Gazhali, empat hal yang dapat digantikan  dengan melakukan sujud sahwi tersebut yaitu satu di antaranya termasuk  perbuatan dan tiga lainnya termasuk bacaan.
Yang termasuk perbuatan ialah duduk (setelah dua kali sujud pada  rakaat kedua solat Zhuhur, Asar, Maghrib dan Isya’) untuk membaca  tasyahud. Duduk seperti ini berpengaruh pada susunan bentuk solat bagi  siapa yang menyaksikannya. Sebab, dengan itu, dapat diketahui apakah  solat tersebut ruba’iyyah (terdiri atas empat rakaat) atau bukan. Tidak  seperti sunnah mengangkat tangan ketika takbir, misalnya, sebab hal itu  tidak mempengaruhi susunan bentuk solat. Itu pula sebabnya, sunnah ini  (yakni duduk untuk tasyahud pertama) disebut ba’dh (kata tunggal dari  ab’adh) yang bererti bagian. Apabila seseorang tidak mengerjakan ab’adh,  dianjurkan dengan sangat agar ia menggantinya dengan sujud sahwi.
Adapun bacaan-bacaan sunnah dalam solat, semuanya tidak digantikan  dengan sujud sahwi, kecuali tiga (yaitu yang termasuk ab’adh):
1. Qunut
2. Bacaan tasyahud pertama
3. Salawat untuk Nabi Muhammad s.a.w. pada tasyahud pertama.
2. Bacaan tasyahud pertama
3. Salawat untuk Nabi Muhammad s.a.w. pada tasyahud pertama.
Tidak termasuk di dalamnya takbir-takbir perpindahan (dari satu ruku  ke ruku lainnya), bacaan-bacaan dalam ruku, sujud dan i’tidal dari  kedua-duanya. Hal ini disebabkan ruku dan sujud adalah gerakan yang  memiliki bentuk khas, berbeda dengan gerakan-gerakan biasa. Dengan  mengerjakannya, dapat diperoleh makna ibadah, walaupun tanpa membaca  zikir apa pun dan tanpa takbir-takbir perpindahan. Tanpa zikir-zikir itu  pun, bentuk ibadah shalat – dengan melakukan gerakan ruku’ dan sujud –  tetap tidak akan batal atau hilang. Lain halnya dengan duduk untuk  bertasyahud pertama. Ia tadinya merupakan gerakan biasa (yakni, yang  juga dilakukan di luar solat). Tetapi, kini, sengaja diperpanjang untuk  diisi dengan bacaan tasyahud. Maka, meninggalkannya akan menimbulkan  perubahan cukup besar dalam susunan bentuk solat.
Sebaliknya, meninggalkan bacaan doa istiftah, atau pun surah, tidak  menimbulkan perubahan, mengingat bahawa rukun berdiri dalam solat telah  cukup diisi dengan bacaan Al Fatihah, sehingga dapat dibezakan dengan  berdiri secara biasa. Dengan alasan itu pula, bacaan doa setelah  tasyahud terakhir tidak digantikan dengan sujud sahwi.
Bacaan qunut pun, pada dasarnya, tidak layak digantikan dengan sujud  sahwi, namun, disyariatkannya perpanjangan ruku i’tidal, pada solat  Subuh, adalah semata-mata untuk diisi dengan bacaan do’a qunut itu.  Maka, sama halnya seperti rukun duduk untuk tasyahud pertama. Ia adalah  perpanjangan dari duduk istirahat, guna diisi dengan bacaan tasyahud.
Cara melakukan Sujud Sahwi
Sujud sahwi dilakukan pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu  sesudah tahiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan “Allaahu  Akbar” dan dalam sujud membaca:
Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x)
“Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa”
Bila yang terlupakan itu salah satu rukun soalat, yang tidak bisa  dibetulkan seketika, maka solatnya tidak sah, dan solatnya harus diulang  kembali. Tetapi bila yang terlupakan itu rakaat, misalnya solat Isya  yang mestinya 4 rakaat , hanya 3 rakaat, maka sesudah memberi salam,  tanpa diselingi dengan atau perbuatan lain, segeralah ia berdiri dan  tambahlah rakaat yang tertinggal itu. Rakaat tersebut tetap diawali  dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, kemudian anda  lengkapi dengan sujud sahwi.
Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka  ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu yakinlah dengan itu (Misalnya  bila kita lupa apakah sudah empat rakaat atau baru tiga rakaat, maka  ambilah keputusan bahawa itu rakaat yang ketiga. Lalu lanjutkan solat  dan tambahkan yang kurang).
 
 
No comments:
Post a Comment